Perpustakaan
PERPUSTAKAAN AWAM
- Memberi perkhidmatan pinjaman dan rujukan.
- Menyediakan koleksi bahan bacaan untuk semua golongan iaitu kanak-kanak, remaja dan dewasa
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran
- Memperluaskan penggunaan celik IT di kalangan penduduk Daerah Simunjan
SENARAI PERPUSTAKAAN AWAM DAN DESA
- Perpustakaan Awam Simunjan
- Perpustakaan Desa Gedong
- Perpustakaan Desa Kesindu
- Perpustakaan Umum Sebuyau
- Perpustakaan Desa Sebangan
PERATURAN - PERATURAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PENGGUNA PERPUSTAKAAN
- Perpustakaan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Simunjan.
- Perpustakaan ini adalah di bawah seliaan kakitangan perpustakaan/mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa oleh pihak pentadbiran sahaja.
- Hanya ahli yang berdaftar sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak perpustakaan seperti :-
- Ahli perpustakaan wajib memperbaharui keahlian setahun sekali dan kad keahlian tidak dibenarkan untuk ditukar hak milik
- Tidak dibenarkan membawa keluar buku perpustakaan tanpa kebenaran daripada pegawai perpustakaan.
- Ahli perpustakaan hanya boleh meminjam buku sebanyak
- Tempoh peminjaman buku adalah dihadkan selama 7 hari bekerja.
- Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan sebelum tarikh yang ditetapkan dan peminjam akan didenda 10 sen sehari jika berlaku kelewatan penghantaran buku.
- Ahli yang menghilangkan buku yang dipinjam wajib menggantikannya dengan membayar mengikut harga yang tertera pada buku tersebut.
- Tidak sesiapapun dibenar melakukan perkara berikut pada buku di perpustakaan awam Simunjan seperti :-
( Merosak, Memotong, Mencarik, Menggaris, Menanda, Mencatat, Menampal pelekat atau notis dan sebagainya.) - Tidak sesiapapun dibenar melakukan perkara berikut di perpustakaan awam Simunjan seperti :-
( Membuat bising, merosak harta benda perpustakaan, menghalang pegawai perpustakaan menjalankan tugas, merokok, membawa binatang, makan atau minum dan sebagainya ) - Pihak majlis tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan barang-barang peribadi pengunjung
- Tidak sesiapapun dibenarkan untuk masuk/tinggal sekiranya menghidap penyakit berbahaya atau penyakit berjangkit.
- Tidak sesiapapun dibenarkan makan dan baring di atas kerusi, meja atau lantai di dalam perpustakaan.
- Tidak sesiapapun dibenarkan berada dalam kawasan atau ruangan pegawai yang bertugas.
- Pihak majlis boleh menutup perpustakaan pada bila-bila masa dengan mengeluarkan notis untuk dipaparkan di luar perpustakaan.
3.1 | Pinjaman buku |
3.2 | Penggunaan komputer |
7.1 | Dewasa : 2 buah buku sahaja |
7.2 | Remaja : 1 buah buku sahaja |
7.3 | Kanak-kanak : 1 buah buku sahaja |
( Segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis ini hendaklah sentiasa dipatuhi oleh semua pengguna perpustakaan )