Perutusan Setiausaha

 

Perutusan Setiausaha


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Laman Web Majlis Daerah Simunjan. Umumnya, objektif mewujudkan laman web ini adalah untuk mewar-warkan maklumat peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang diamanahkan kepada Majlis Daerah Simunjan. 

Adalah juga diharapkan agar laman web ini dapat dijadikan medium perantaraan di antara Majlis Daerah Simunjan dengan masyarakat dalam menyampaikan maklumat yang berupa aktiviti semasa, cadangan, aduan dan sebagainya. Besarlah harapan agar hubungan dua hala melalui laman web ini mampu meningkatkan mutu penyampaian dan perkhidmatan Majlis Daerah Simunjan demi kesejahteraan masyarakat setempat. 

Justeru itu, dengan rasa rendah diri saya berharap agar segala usaha murni Majlis Daerah Simunjan untuk berbakti mendapat sokongan padu masyarakat setempat. Bak kata pepatah "Muafakat membawa Berkat".

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua kakitangan yang terlibat dalam inisiatif membangun dan mengemaskini laman web ini. 

Seribu penghargaan juga diucapkan di atas kesudian melayari laman web ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya. 

Wassalam.

Sekian, terima kasih.

Mohd Rizal bin Zakaria,

Setiausaha, 

Majlis Daerah Simunjan.