Piagam Pelanggan
- Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status perlaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
- Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
- “Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja
- Semua tuntutan bayaran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja
- Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
- Buku baru yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan pinjaman berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan.
- Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
- Keputusan permohonan lesen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
- Bil cukai taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 September pada setiap tahun.
- Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
- Sekurang-kurangnya 95% pegawai Gred 22 dan ke atas menghadiri latihan sekurang-kurangnya 42 jam setahun.
- Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan lapan puluh lima peratus (85%) dalam tahun semasa.
- Sekurang-kurangnya lapan puluh lima peratus (85%) jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa.