Soalan Lazim COVID-19

 

Soalan Lazim COVID-19


1. Apakah itu Coronavirus (COVID-19)?

- Coronavirus (COVID-19) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (COVID-19).

 

2. Bagaimanakah Coronavirus (COVID-19) merebak?

- Coronavirus (COVID-19) boleh tersebar apabila seseorang berada dekat dengan pesakit COVID-19 yang batuk atau bersin.

 

3. Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung (facemask), adakah ianya membantu untuk mengurangkan penularan COVID-19?

- Ya. pemakaian penutup mulut dan hidung (facemask) boleh mengurangkan penularan COVID-19 serta menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.

 

4. Apakah rawatan untuk jangkitan COVID-19?

- Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

 

5. Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19?

- Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer

- Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu

- Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala

- Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna

 

6. Orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan untuk menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting. Langkah ini bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19 di hospital. Golongan berisiko adalah:

- Kanak-kanak

- Warga emas berusia 65 tahun ke atas

- Pesakit dengan penyakit kronik

- Pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah

- Wanita hamil

 

7. Apakah itu vaksin?

-  Vaksin adalah satu produk yang dihasilkan dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan pada virus.

 

8. Adakah individu yang menerima vaksin COVID-19 boleh menjadi pembawa virus tersebut?

-  Tidak. Individu yang telah menerima vaksin COVID-19 akan mempunyai antibody yang spesifik dan tidak akan menyebarkan virus COVID-19.

 

9. Apakah kesan sampingan vaksin?

-  Sakit dan bengkak pada kawasan suntikan

-  Sakit kepala/pening

-  Sakit otot

-  Demam/menggigil

-  Sakit sendi

-  Loya/rasa ingin muntah

-  Rasa lesu

-  Bengkak kelenjar nodus limpa

 

10. Bolehkah vaksin ini mengubah DNA seseorang?

-  Tidak. Vaksin Comirnaty tidak boleh mengubah DNA seseorang kerana mRNA tidak memasuki nucleus dalam sel dan tidak akan bertindakbalas dengan DNA.

 

11. Adakah saya akan dilindungi sepenuhnya selepas menerima vaksin COVID-19?

-  Vaksin mula berkesan pada hari ke-12 selepas dos pertama dan antibody menjadi semakin meningkat selepas dos kedua membolehkan seseorang dapat dielakkan daripada menjadi pesakit COVID-19.

 

12. Saya ada alahan?

Alahan Biasa

- 30 minit pemantauan bagi yang pernah mengalami sebarang alahan teruk/anaphylaxis manakala 15 minit bagi yang mengalami alahan makanan, haiwan peliharaan, etc.

Alahan Sederhana

- 30 minit atau lebih pemantauan jika menerima vaksin.

Alahan Teruk

- Tidak boleh menerima vaksin.

 

13. Apakah hukum mengambil Vaksin?

- Harus untuk semua golongan

- Wajib untuk golongan berisiko sendiri

 

14. Adakah vaksin mengandungi mikrocip?

- Tidak. Vaksin COVID-19 tidak mengandungi mikrocip yang akan mengawal minda manusia.

 

15. Siapakah yang tidak layak mendapatkan vaksin COVID-19?

- Umur bawah 18 tahun

-  Pesakit yang sedang mendapatkan rawatan

- Mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertama vaksin.

 

16. Adakah saya diberi pilihan untuk memilih jenis vaksin COVID-19 ?

-  Tidak. Ianya bergantung kepada bekalan stok sedia ada di pusat vaksinasi.