News

 

KONTINJEN MAJLIS DAERAH SIMUNJAN CIPTA PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN DI KARNIVAL ESPORT MAKSAK SARAWAK 2026

Posted on 06 May 2026
Source of News: UNIT ICT MAJLIS DAERAH SIMUNJAN

SANTUBONG, SARAWAK – Kelab Sukan Elektronik Majlis Daerah Simunjan dengan kerjasama Majlis Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Serian telah menghantar seramai 14 wakil, termasuk pengurus pasukan, Encik Marlon Dass anak Noel, bagi menyertai Karnival Esport MAKSAK Sarawak 2026 yang berlangsung di Centex Santubong dari 1 hingga 3 Mei 2026.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen pihak terlibat dalam memperkasa pembangunan sukan elektronik dalam kalangan penjawat awam di peringkat negeri, di samping mengasah bakat serta memupuk semangat berpasukan.

Sepanjang karnival tersebut, kontinjen berjaya mencatat beberapa pencapaian membanggakan:

Bagi acara Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), pasukan berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik (Top 8) yang diwakili oleh Encik Muadzam bin Razali, Encik Faziman bin Ibrahim, Encik Roma anak Ogos, Encik Mohd Syahlan bin Samsudin, Encik Jeremy Glenowen anak Rahnie dan Encik Frankent Walter anak Sebie.

Bagi acara Tekken, Encik Desmond Yeo Khang Ming dan Encik Muhd Amirul Zaki bin Hamzah menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Dalam acara FIFA, Encik Haji Mohd Azwan bin Juperi mara ke peringkat suku akhir, manakala Encik Rudison anak Sering dan Encik Abang Ramzie bin Ena menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Dalam acara Gran Turismo 7 (Time Attack Open Single), Encik Haji Mohd Azwan bin Juperi berjaya menduduki tempat keenam, manakala Encik Rudison anak Sering menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Bagi acara Nintendo Switch Badminton (Wanita Solo), Cik Sofia binti Sebli berjaya meraih tempat ketiga.

Beliau sekali lagi mencatat kejayaan apabila bergandingan bersama Encik Haji Mohd Azwan bin Juperi dalam acara Nintendo Switch Volleyball (Beregu Campuran) dan berjaya meraih tempat kedua.

Bagi acara PUBG Mobile, pasukan yang diwakili oleh Encik Claudius Ravi a/l Kaniasen, Encik Faziman bin Ibrahim, Encik Roma anak Ogos, Encik Mohd Syahlan bin Samsudin dan Encik Muadzam bin Razali berjaya menamatkan saingan di tempat kelapan.

Secara keseluruhan, Kelab Sukan Elektronik Majlis Daerah Simunjan berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan, satu pencapaian yang amat membanggakan.

Penyertaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Majlis Daerah Simunjan dan Majlis Daerah Serian, malah membuktikan bahawa sukan elektronik mampu menjadi platform kompetitif yang sihat dan berprestij dalam kalangan penjawat awam di Sarawak.

Pihak kelab berharap pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.