Berita

 

OPERASI KAWALAN ANJING LIAR

Disiarkan pada 09 Apr 2026
Sumber Berita: UNIT ICT MAJLIS DAERAH SIMUNJAN

SIMUNJAN, 9 April 2026 – Satu operasi kawalan anjing liar telah dilaksanakan pada 8 hingga 9 April 2026 oleh Majlis Daerah Simunjan dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat terus terpelihara.

Operasi tersebut melibatkan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan, Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Majlis Daerah Serian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Samarahan, Polis Daerah Simunjan serta Ahli Majlis Majlis Daerah Simunjan.

Sepanjang operasi yang dijalankan di sekitar daerah Simunjan, sebanyak 34 ekor anjing liar telah berjaya ditangkap.

Pihak Majlis Daerah Simunjan merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan operasi ini. Usaha seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengawal populasi anjing liar serta menjamin keselamatan awam.