Soalan Yang Kerap Ditanya

 

FAQ - Frequently Asked Question

1. Apakah fungsi utama Majlis Daerah Simunjan?
Majlis Daerah Simunjan bertanggungjawab dalam pengurusan perkhidmatan perbandaran seperti kebersihan awam, penyelenggaraan infrastruktur, pelesenan perniagaan, kawalan bangunan dan penguatkuasaan undang-undang kecil.
2. Apakah itu Cukai Taksiran?

Cukai Taksiran ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan (Harta) yang terletak di dalam bidangkuasa Majlis. Cukai Taksiran adalah merupakan satu sumber pendapatan utama bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hasil dari cukai taksiran digubakan untuk menyalurkan perkhidmatan kepada orang ramai khasnya penduduk-penduduk di kawasan Majlis

3. Bilakah kaunter MD Simunjan beroperasi?

Waktu Pejabat:

Isnin - Khamis : 8.00 Pagi - 1.00 Tengah hari,    2.00 petang - 5.00 Petang

Jumaat            : 8.00 Pagi - 11.45 Pagi,     2.15 Petang - 5.00 Petang

 

Waktu Kaunter Pembayaran:

Isnin - Khamis : 8.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari,   2.00 Petang - 3.30 Petang

Jumaat            : 8.00 Pagi - 11.45 Pagi,   2.15 Petang - 3.30 Petang

4. Bagaimana cara membuat aduan kepada Majlis?

Aduan boleh dibuat melalui:

  • Kaunter perkhidmatan Majlis

  • Talian telefon rasmi

  • Sistem aduan dalam talian / Talikhidmat

  • Media sosial rasmi Majlis

5. Bagaimana cara memohon lesen perniagaan?
Permohonan lesen perniagaan boleh dibuat di kaunter Majlis dengan membawa dokumen berkaitan seperti salinan kad pengenalan, pelan lokasi dan dokumen sokongan lain.