Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN

KOLOKIUM KEAGUNGAN AL-QURAN

Kolokium Keagungan Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1441H/2020M akan diadakan di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching  bermula 18 dan 19 Februari 2020M bersamaan 24 dan 25 Jamadilakhir 1441H ( Selasa & Rabu ). Kolokium tersebut diadakan bertujuan member pendedahan kepada masyarakat tentang keagungan Al-Quran dan manfaatnya kepada umat manusia.

Program bertemakan “Ummah Gemilang“ itu diadakan bermula jam 07.30 pagi hingga 0500 petang. Perasmiannya akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk (DR) Patinggi  Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak manakala Majlis penangguhan akan dilaksanakan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ( Hal Ehwal Islam & DBKU ) dan Menteri Muda Utiliti Sarawak ( Bekalan Air ) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Muslimin dan Muslimat adalah dijemput datang untuk sama-sama mengimarahkan lagi majlis itu nanti.

 

Sumber : Sarawaknet