Laman Web Rasmi Majlis Daerah Simunjan

Muafakat Sejahtera Bersama

Mengenai MDS



Majlis Daerah Simunjan dahulunya dikenali sebagai Lower Sadong District Council yang ditubuhkan pada tahun 1957 mengikut “Local Authority Ordinance (Cap.117).” Pada tahun 1983 nama Majlis ini ditukar kepada nama barunya iaitu Majlis Daerah Simunjan.

Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah di bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Majlis Daerah Simunjan yang terletak di Pusat Perkhidmatan Baru Gunung Ngeli terletak kira-kira 176km dari bandar Kuching. Majlis Daerah Simunjan mempunyai luas kawasan 2,217.67 km persegi yang terdiri daripada Daerah Simunjan 1,370.15 km persegi, dan Daerah Kecil Sebuyau mempunyai luas kawasan 625.07 km persegi.

Berita Terkini