Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN

Kemaskini Pada: 20 Nov 2019
Versi 8.2.2
Local Agenda 21Local Agenda 21

Agenda 21

Agenda 21 merupakan satu Pelan Tindakan Global Ke Arah Pembangunan Mapan Untuk Abad Ke-21. Ia dihasilkan melalui deklarasi Persidangan Dunia di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992 yang dihadiri oleh 178 buah negara termasuk Malaysia. Pelan Tindakan Global tersebut mengandungi 40 bab yang menghuraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan ke arah pembangunan mapan.


Local Agenda 21 (LA21)

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditekankan di dalam Bab ke-28 Agenda 21 di dalam melaksanakan pembangunan mapan di peringkat tempatan melalui Program Local Agenda 21 (LA21). Oleh itu, LA21 adalah Agenda yang dilancarkan di peringkat tempatan. Local Agenda 21 (LA21) merupakan suatu program yang menglibatkan serta menekankan tiga pihak iaitu PBT, masyarakat dan sektor swasta di dalam mewujudkan kerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Program Local Agenda 21 adalah ditubuhkan untuk pihak kerajaan dan masyarakat tempatan dalam bekerjasama ke arah pembangunan mapan


Pembangunan Mapan

Pembangunan mapan bermaksud: "Pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa mengurangkan kemampuan atau keperluan generasi akan datang. Ini adalah termasuk mengawal kependudukan, makanan, keselamatan & sumber tenaga". 

(Sumber: World Commission On Environmental & Development)


 

Ciri-Ciri Pembangunan Mapan

  • Alam sekitar: Pembangunan yang benar-benar mengambil kira peranan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
  • Kesaksamaan sosial: Pembangunan yang menyumbang kepada pemerolehan dan kawalan sumber yang lebih wajar.
  • Ekonomi manusia: Pembangunan sosial & ekonomi yang membantu masyarakat memenuhi keperluan asas.
  • Masa hadapan: Memastikan bahawa keputusan yang diambil tidak merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi pada masa depan.


Pelaksanaan Program LA21 Di Malaysia

Program Local Agenda 21 telah dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 2000 melalui Projek Perintis LA21 yang melibatkan 4 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Miri (MBM), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Majlis Daerah Kerian (MDK). Projek perintis ini telah dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdanan Menteri dan United Nations Development Programme (UNDP). Projek Perintis LA21 telah dilancarkan oleh YB. Dato' Seri Ong Ka Ting, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 17 Oktober 2000 di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya.