Esplanade Simunjan Dirasmikan Oleh Premier Sarawak Hari Ini |
Tarikh : 11 Sep 2022 Sumber Berita: UKAS |
SIMUNJAN: Esplanade Simunjan dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, pada Sabtu. Susulan itu, raptai penuh majlis perasmian Esplanade Simunjan telah diadakan bertempat di pekarangan Esplanade Simunjan pada Jumaat. Raptai ini dijalankan bagi memastikan kelancaran program yang akan disempurnakan oleh Premier Sarawak. Turut hadir dalam raptai itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu, Pemangku Pegawai Daerah Simunjan, Zainap Halip, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan, Mohd. Rizal Zakaria, Pegawai Tugas – Tugas Khas Kepada Dato Sri Nancy Shukri, Awang Safri Awang Ahmad dan semua agensi yang terlibat.-EDISI UKAS Pautan: https://ukas.sarawak.gov.my/2022/08/20/esplanade-simunjan-dirasmikan-oleh-premier-sarawak-hari-ini/ |