Polls
Announcements

Berita

Aktiviti kunjung-mengunjung TBC dipercayai punca Kluster Jalan Ho Pin
Tarikh : 26 Feb 2021  Sumber Berita: SarawakVoice
 

KUCHING: Jataban Kesihatan Negeri Sarawak semalam mengisytiharkan satu kluster baharu iatu Kluster Jalan Ho Pin di Daerah Samarahan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan berkata, kluster Jalan Ho Pin merupakan satu kluster komuniti yang melibatkan Daerah Samarahan, Serian dan Kuching.

“Jangkitan Covid-19 merebak dipercayai berlaku melalui aktiviti kunjung-mengunjung pada 11 hingga 14 Februari lalu semasa sambutan Tahun Baru Cina di beberapa buah rumah persendirian saudara-mara dan rakan-rakan di Daerah Samarahan, Serian dan Daerah Kuching.

“Kes indeks kepada kluster ini adalah kes ke-7,636 iaitu seorang wanita warga tempatan (Sarawak) berumur 22 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 18 Februari lalu,” katanya.

Tambah JPBN, hasil siasatan lanjut dan saringan ke atas kontak-kontak sosial dan tempat kerja kepada kes indeks, tambahan 13 kes positif Covid-19 telah dikesan.

“Sehingga 25 Februari, sejumlah 120 orang telah disaring apabila 14 kes telah dikesan positif Covid-19 termasuk indeks kes dengan 65 individu masih menunggu keputusan.

“Kesemua 14 kes tersebut telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut,” ujarnya.