Polls
Announcements

Berita

Daerah Matu kembali berstatus Hijau
Tarikh : 26 Feb 2021  Sumber Berita: Utusan Borneo
 

KUCHING: Daerah Matu kembali kepada status zon Hijau hari ini selepas tiada kes jangkitan tempatan COVID-19 dikesan di daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata Daerah Beluru pula bertukar status ke Kuning setelah hanya 20 kes jangkitan tempatan dilaporkan di daerah ini dalam tempoh sama. 

“Daerah Meradong, Kuching, Samarahan, Julau, Subis, Kapit, Bintulu dan Sibu kekal berstatus Merah dengan sejumlah 2,360 kes jangkitan tempatan dikesan di sembilan daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas. 

“Hari ini sahaja 17 kes baharu dikesan di Meradong, Kuching (18), Samarahan (11), Kapit (26), Bintulu (25), Sibu (80) manakala Julau dan Subis masing-masing tiada penambahan kes. 

“Daerah Betong, Kanowit, Song, Bukit Mabong, Dalat dan Sri Aman pula kekal berstatus Jingga dengan keseluruhan 160 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari lepas,” katanya. 

Dalam pada Daerah Sarikei, Lundu, Bau, Selangau, Saratok, Sebauh, Tatau, Pakan, Serian dan Belaga kekal berstatus Kuning. 

Jumlah keseluruhan kes jangkitan tempatan di 10 daerah ini dalam tempoh 14 hari lepas adalah sebanyak 73 kes. 

Manakala lain-lain daerah Lawas, Daro, Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi kekal berstatus Hijau. 

Dari segi pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pula, sebanyak 16 kompaun dikeluarkan polis hari ini di daerah Padawan (5), Kuching (5), Sibu (3), Sarikei (2) dan Miri (1).