COVID-19: 219 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak |
Tarikh : 26 Feb 2021 Sumber Berita: Astro Awani |
KUALA LUMPUR: Sarawak terus melaporkan kes positif tiga angka dengan 219 kes dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kes di negeri itu kepada 8,869.
Sibu terus menyumbang angka tertinggi dengan 80 kes diikuti Kapit (26), Bintulu (25), Kuching (18), Meradong (17), Miri (12), Samarahan (11), Serian (10), Selangau (lapan), Sri Aman (lima), Saratok (tiga) manakala satu kes di Kanowit, Sarikei,, Bukit Mabong dan Betong.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Khamis, dua lagi kes kematian di Hospital Sibu dilaporkan.
|