Polls
Announcements

Berita

13 pengamal media di Sarawak antara yang awal terima vaksin COVID-19
Tarikh : 25 Feb 2021  Sumber Berita: Astro Awani
 

KUCHING: Kira-kira 13 pengamal media di Sarawak antara petugas barisan hadapan yang akan diberikan vaksin COVID-19 fasa pertama bermula esok hingga 31 Mac depan.
Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Jacqueline Radoi David, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah meluluskan permohonan pihaknya untuk mempertimbangkan pengamal media sebagai petugas barisan hadapan dan diberikan vaksin fasa pertama.
"Oleh kerana media memainkan peranan penting dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat, sangat penting bagi mereka terutama yang berada di lapangan untuk menjadi antara yang terawal disuntik vaksin COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.