Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN

Kemaskini Pada: 20 Nov 2019
Versi 8.2.2
Demi kesihatan masyarakat
Tarikh : 25 Jan 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Keputusan larangan merokok di semua premis makanan di Sarawak berkuat kuasa 1 Mac depan adalah untuk kepentingan kesihatan masyarakat umum, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata, Kabinet Sarawak juga telah bersetuju enam bulan pertama bermula dari tarikh tersebut akan menjadi tempoh untuk mendidik orang ramai mengenai larangan itu dan tidak ada kompaun akan dikeluarkan sepanjang tempoh berkenaan.

Menurut beliau, pengusaha premis makanan berlesen di Sarawak boleh menyediakan tempat merokok khas di kawasan tidak kurang daripada tiga meter dari meja makan terdekat tempat makanan dihidangkan.

“Bagaimanapun pengusaha premis makanan berlesen berkenaan mesti mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyediakan tempat merokok khas untuk pelanggannya.

“Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab pengusaha berlesen untuk memastikan tempat merokok khas itu sentiasa dalam keadaan bersih,” katanya menerusi kenyataan akhbar semalam.

Menurutnya, pesalah yang didapati merokok di tempat yang dilarang boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan untuk tempoh maksimum dua tahun.

Sementara pemilik restoran yang gagal meletakkan tanda ‘Dilarang  Merokok’ boleh didenda sehingga RM3,000 atau mungkin dipenjara untuk tempoh maksimum enam bulan.

Bermula 1 Januari 2019, kerajaan persekutuan telah menguatkuasakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di Semenanjung Malaysia.

Sabah akan menguatkuasakan larangan merokok di semua premis makanan di negeri itu bermula 1 Februari 2019.