Polls
Announcements

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0

Dipaparkan pada 10 Jun 2021

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 untuk peniaga kecil dan penjaja telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak pada 28hb Mei, 2021.

Penerima akan menerima bayaran sebanyak RM1,500 secara berperingkat:
Fasa 1: RM750 pada Julai 2021
Fasa 2: RM750 pada Disember 2021
Untuk peniaga kecil dan penjaja yang TELAH BERLESEN di bawah Majlis Daerah, kami akan mengekstrak maklumat anda melalui sistem pelesenan sedia ada.
INI ADALAH PERKARA YANG ANDA PERLU BERI PERHATIAN:
1. PERMOHONAN ATAS TALIAN : klik pada pautan ini https://community-service.sarawak.gov.my/.../loadLandingP... tarikh tutup bagi permohonan atas talian adalah pada 30hb Jun 2021.
2. PERMOHONAN SECARA MANUAL : Borang boleh diambil di kaunter Majlis Daerah Simunjan di lokasi seperti di bawah bermula pada 10hb Jun 2021. Tarikh akhir bagi penghantaran borang permohonan secara manual adalah pada 18hb Jun 2021. (Hanya utk warga emas dan OKU sahaja)
a) Simunjan : Dewan Setia
b) Gedong : Pejabat Cawangan MDS, Gedong
c) Sebuyau : Pejabat Cawangan MDS, Sebuyau
*Bagi mengelakkan isu penjualan borang, MDS hanya menerima borang asal (ada cop MDS) sahaja.
3. Mereka yang telah menerima BKSS sebelum ini tidak perlu membuat permohonan, tetapi hendaklah mengemaskini SarawakPay.
4. Pemohon yang layak:
Food stall
Market
Kedai Kampung
Barber / Hair Saloon
Kantin (pemilik individu)
Bayaran bantuan BKSS hanya akan disalurkan melalui akaun SarawakPay. Justeru itu, pastikan anda telah mendaftar akaun SarawakPay ataupun mengemaskini akaun SarawakPay anda. Sekiranya anda mengalami masalah atau pertanyaan mengenai SarawakPay, anda boleh berhubung terus dengan pihak SAINS Call Centre di talian 1300887722.