Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
 BM  | EN

Kemaskini Pada: 12 Dis 2019
Versi 8.2.2
Kampung Tambirat diisytihar kawasan terbaharu wabak rabies Sarawak
Tarikh : 05 Apr 2019  Sumber Berita: Sarawakvoice
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Kampung Tambirat, Asajaya sebagai kawasan terbaharu wabak anjing gila atau rabies.

Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Kawasan ini terletak di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytiharkan wabak rabies, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan kawasan ke-62 wabak,” demikian menurut jurucakap itu dalam kenyataan, di sini semalam.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membiarkan anjing lepas bebas atau membawa keluar anjing dari kawasan wabak tanpa kebenaran bertulis Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Menurut kenyataan itu, mereka yang berbuat demikian boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan menurut Seksyen 37 (2) & (3) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

— BERNAMA